Search

“Awak boleh tak... Letak kat khemah lelaki dan say...

  • Share this:

“Awak boleh tak... Letak kat khemah lelaki dan saya pi letak kat khemah orang perempuan.”
“Buatlah sama-sama.”
“Tak boleh sama-sama.”
“Pasai apa pula? Selalu boleh. Selalu buat macam ni pun. Cepat sikit siap. Senang sikit awak nak angkat. Berat ni.”
“Orang dah cakap-cakap pasai kita, awak tau dak.”
“Ya ka? Surat khabaq mana? Saya tak tau pun.”
“Sebelum keluaq surat khabaq, jauh sikit.”
“Haih... Ini tak boleh jadi. Saya kena keluaqkan statement.”
Dan-dan...
Aku teruja.
“Awat? Awak dah buat keputusan untuk jadi CEO ka? Bila? Bila? Kata saya dapat privilege dulu!”
“Tu pasai saya habaq kat awak ni... Awak orang yang pertama tau!”
“Sat-sat... Saya nak rekod...”
Aku keluaqkan telefon...
Mula tekan rekod.
“Statement saya berbunyi seperti ini... Saya, Oman bin Omar Al-Fateh bakal menamatkan zaman bujang saya dengan Saloma binti Haji Puteh.”
Teruih aku tutup rekod tu.
“Cemuih haih...”
“Jadi orang tak boleh nak bercakap dah pasai kita. Kan?”
“Hesy!!!”
“Berita menarik tu. Tak mau ka tulih?”
“Tak mau...”
“Tulihlah...”
“Tak mau!!!”
“Awak menyesai nanti kalau berita ni jatuh ke tangan orang lain!”
“Encik Oman...”
“Ya, Cik Saloma...”
“Sila jaga jarak...”
“Yalah... Yalah. Saya pi la ni... Jangan nak panggil-panggil saya tau.”
“Siapa nak panggil entah...”
Tiba-tiba Oman Al-Fateh dapat panggilan dan aku terdengaq dia sebut perkataan kompaun... Semakin lama semakin dekat aku dengan Oman Al-Fateh.
“Kompaun... Encik Sufian ka?”
Terkejut Oman Al-Fateh bila aku...
Kat sebelah dia.
“Eh, apa awak buat tang ni.”
“Saya terdengaq pasai kompaun. Awak...”
“Maaf, Cik Saloma. Tolong balik kat tempat awak. Nanti orang cakap-cakap pasai saya dengan awak pula. Tak pasai keluaq cerita skandal...”
“Lantak pi la...”
“Eh, mana boleh lantak pi...”
“Encik Oman!!!”
“Kata kunci apa?”
“Your future wife.”
“Saya nak tukaq kata kunci.”
“Apa dia?”
“I love you...”
“Hesy...”
“Kata kunci apa?”
“I love you!”
Oman Al-Fateh tersengih-sengih...


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts